![]() |
YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Menteri Komunikasi dan Digital |
KUALA LUMPUR, 28 Nov - Menteri Komunikasi dan Digital, YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil merasmikan Kuala Lumpur International PR Conference #KLIP yang berlangsung di InterContinental Hotel, KL. Menurut beliau dalam dunia yang semakin dinamik, kepimpinan dalam perhubungan awam (PR) menuntut kualiti yang luar biasa. Beliau turut menekankan kepentingan PR perlu seiring perubahan norma Masyarakat dan ekonomi global. Selain daripada itu, pihak KKD diminta agar sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran digital bersekali dengan komunikasi yang bertanggungjawab.
KLIP2023 membawakan tema “PR is Teamwork: The Shifting Nature of 2023 Public Relations Community Influencers We All Are”, yang membincangkan idea, strategi dan taktik baharu untuk memperkasakan community PR di Malaysia dan juga komuniti PR rakan-rakan serantau.
Program tahunan ini akan menjadi satu lagi persidangan yang
memberi inspirasi dan membantu membina visi strategik dan seterusnya memberi
manfaat kepada industri PR.
0 Ulasan