Penggunaan Jalur Glow in the Dark Mengubah Pengalaman Pemanduan di Malam Hari

 

Credit : Image KOSMO!

SABAH, 2 Disember – Beberapa buah negeri di Malaysia telah beralih untuk menaik taraf pengalaman pemanduan di waktu malam dengan pemasangan jalur jalan yang berteknologi yang mampu menjadikan jalan kelihatan bercahaya dalam gelap.  

Inovasi ini, yang pertama kali diterapkan di Jalan Sungai Lalang, Semenyih Selangor, telah menggunakan teknologi cat yang membolehkan garisan jalan seakan-akan mengeluarkan cahaya apabila waktu malam dan tampil lebih jelas serta membolehkan pemanduan di waktu malam lebih selamat. Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat menjadi agensi pertama di bawah Kementerian Kerja Raya yang mencuba teknologi jalan bercahaya dalam gelap ini..

Semoga, inovasi ini dapat menjadi inspirasi bagi daerah lain untuk turut serta memperkenalkan pengalamam memandu di waktu malam yang lebih selamat kepada semua.


Catat Ulasan

0 Ulasan