Tahun 2024 rancak dengan pelbagai konsert yang menarik di Singapura dan sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan peluang ini. Kami sudah bersiap sedia dengan pasport dan beg pakaian untuk menyeberangi sempadan demi menyaksikan ikon-ikon seperti Taylor Swift, Ed Sheeran, IVE, Shinee, Eric Nam dan Sum41!
Selain daripada konsert muzik pop, Singapura juga menawarkan persembahan kebudayaan yang menawan dan memberi inspirasi. Pentas Singapura yang meriah ini bukan sahaja untuk peminat muzik – ia juga diadakan untuk peminat tarian, pencinta teater dan buat mereka yang mencari hiburan sebenar. Tidak kira sama ada anda ingin menikmati malam penuh keseronokan bersama keluarga mahu pun bersiar-siar bersama yang tersayang, SISTIC merupakan kurator bagi pelbagai pengalaman hebat ini.
Anda bukan sahaja boleh menikmati muzik yang menggemparkan bahkan bakal terpesona dengan produksi teater yang mempesonakan kelolaan SISTIC yang anda pasti tidak mahu lepaskan!
Kegemaran ramai:
KONSERT JELAJAH MAHER ZAIN 2024 (2 Mac 2024)
Temui Maher Zain, artis R&B kacukan Sweden-Lubnan yang terkenal ini secara langsung di Singapura pada Mac akan datang! Popular dengan melodi Islamik penuh penjiwaan yang menghubungkan penonton dari seluruh dunia, konsert Zain menjanjikan sebuah malam kerohanian yang tidak dapat dilupakan. Berikutan persembahan terakhirnya di Malaysia pada tahun 2019, para peminat sangat menantikan kepulangannya ke Asia Tenggara. Dengan album yang mendahului carta seperti ‘Thank You Allah’, ‘Forgive Me’ dan ‘One’, Zain telah mengumpulkan ramai pengikut global yang setia. Sertai kami menikmati sebuah malam yang indah dan membangkitkan semangat apabila Maher Zain menyerikan pentas di Singapura!
●
Tempat:
Singapore Expo Dewan 7
●
Harga :
SGD68 - SGD238
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Jelajah Dunia A-Link with Passengers (4 Mei 2024)
A-LIN, pemenang Anugerah Melodi Emas untuk Penyanyi Wanita Terbaik, bakal kembali semula ke Singapura. Kali ini, A-LIN akan persembahkan lagu-lagu baharu yang sangat menarik dan mempelawa semua penonton untuk bernyanyi bersama. Beliau juga akan mempamerkan lagu-lagu hit yang tidak lapuk dek zaman dan wajib ada di KTV! Nantikan kandungan produksi, kreativiti pentas, pencahayaan, bunyi dan prop, kesan audio-visual, visual, dan set pentas yang bakal menggegarkan!
●
Tempat:
Resorts World Ballroom, Pusat Konvensyen Resorts World
●
Harga :
SGD98 - SGD278
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Jelajah Dunia 2024 TwoSet Violin (31 Januari - 1 Februari 2024)
●
Tempat:
Dewan Konsert Esplanade
●
Harga :
SGD129 - SGD239
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Konsert Harry Potter and the Half-Blood Prince (19 April - 20 April 2024)
●
Tempat:
Teater Esplanade
●
Harga :
SGD79 - SGD249
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Madagascar The Musical (18 Januari - 28 Januari 2024)
Meriah dengan watak-watak yang
luar biasa, penuh pengembaraan dan skor yang memberangsangkan, anda tidak ada
pilihan selain daripada “Move It, Move It!
●
Tempat:
Teater Esplanade
●
Harga :
SGD48 - SGD138
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Tunggu...Ada lagi!
Shreya Goshal - All Hearts Tour (9 Mac 2024)
Shreya Ghoshal yang dianggap sebagai penyanyi paling berpengaruh dan mempunyai suara lunak yang luar biasa pada zaman ini, membuat debutnya dalam tajuk lagu filem Sanjay Leela Bhansali yang berjudul “Devdas”. Persembahan beliau yang unik telah membawa kemenangan Anugerah RD Burman untuk Bakat Muzik Baharu Terbaik, Anugerah Filem Kebangsaan yang diidamkan dan Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Playback Terbaik. Shreya terus merakam lagu dengan pemuzik terkenal termasuk Salim Sulaiman, Pritam, AR Rahman, Ismail Darbar, Vishal Shekhar, Sanjay Leela Bhansail, Shankar Ehsaan Loy dan ramai lagi. Suaranya yang merdu menjadi ciri utama dalam beberapa tajuk lagu merentasi pelbagai bahasa dan geografi yang menjadikannya sebagai vokalis paling serba boleh sepanjang zaman.
●
Tempat:
Teater The Star, Pusat Seni Persembahan The Star
●
Harga :
SGD78 - SGD499
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Pertunjukan ‘The Very Hungry Caterpillar’ (29 Februari - 3 Mac 2024)
●
Tempat:
Teater Victoria
●
Harga :
SGD42 - SGD72
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
Kejohanan Dunia Wanita HSBC (29 Februari - 3 Mac 2024)
Kejohanan Dunia Wanita HSBC memiliki salah satu bidang terkuat dalam golf wanita selain lima Kejohanan Utama dan bakal menyaksikan pemain LGPA terbaik bersaing di The Tanjong di Sentosa Golf Club. Tahun ini menandakan kejohanan edisi ke-16. Kejohanan ini bakal berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac 2024, festival golf selama empat hari ini akan menjadi platform untuk meraikan sukan golf, semua wanita hebat yang bertanding, dan ramai wanita yang memupuk inspirasi dari semua aspek kehidupan di seluruh dunia.
●
Tempat:
Sentosa Golf Club, Tanjong Course
●
Harga :
SGD28 - SGD113
●
Dapatkan
tiket anda melalui SISTIC
S.E.A. Focus 2024 (20 Januari - 28 Januari 2024)
S.E.A. Focus yang ditaja oleh Bank of Singapore kini kembali untuk edisi keenamnya di Tanjong Pagar Distripark. Pameran ini mempersembahkan artis-artis Asia Tenggara yang ternama dan senang meningkat naik, meneroka pelbagai jenis kreativiti dan landskap artistik yang berkembang pada era digital kini. Dengan penglibatan 22 buah galeri dan 40 orang artis, pameran ini menawarkan ciptaan berskala besar, mendalami identiti manusia di tengah-tengah kemajuan teknologi. Acara ini menampilkan pengalaman yang menarik seperti tayangan filem terpilih (OFF Focus) dan perbincangan panel yang merangsang mindSEAspotlight Talks).
●
Tempat:
Artspace@Helutrans, Tanjong Pagar Distripark, 39 Keppel Road #01-05, Singapura
089065
●
Harga :
SGD10
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Press Release - WIDE TV NEWS
0 Ulasan