Prime Video Kini Di Astro Ultra
Dan Ulti Box
Nikmati akses 2 bulan tanpa caj
tambahan ke Prime Video untuk semua pelanggan Ultra dan Ulti Box bermula 24
April hingga 23 Jun 2025
KUALA LUMPUR, 24 April 2025 – Astro, peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, bersama Amazon, peneraju global dalam penstriman hiburan, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pelancaran aplikasi Amazon Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box. Kolaborasi ini menjanjikan pengalaman penstriman tanpa batas dengan menggabungkan filem dan siri popular dari Prime Video bersama kandungan Astro yang pelbagai.
Kerjasama ini turut membuktikan komitmen
kolektif Astro dan Amazon dalam membawakan kandungan global terbaik kepada
pelanggannya. Dengan mengintegrasi aplikasi Prime Video terus ke dalam Astro
Ultra dan Ulti Box, pelanggan boleh mendapat akses mudah kepada pelbagai
kandungan hiburan – daripada Amazon Originals yang diiktiraf, ke filem pecah
panggung, sehinggalah siri TV kegemaran ramai - semuanya melalui platform
Astro. Semua pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan
akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan bermula 24 April sehingga 23 Jun
2025*, dengan penjimatan sebanyak RM50.
Euan Smith, Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan, Astro, berkata, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan
Amazon untuk membawakan Prime Video ke Ultra dan Ulti Box. Langkah ini adalah
sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan kandungan berkualiti
tinggi dan pelbagai di satu platform. Dengan menawarkan akses mudah ke kandungan
Prime Video berserta kandungan sedia ada kami dan on-demand, kami menawarkan pelanggan
pilihan dan nilai terbaik, semuanya menerusi akses Ultra atau Ulti box mereka.
Kerjasama ini meningkatkan lagi komitmen Astro untuk bukan sekadar memberi yang
terbaik tetapi juga memudahkan pengalaman hiburan pelanggan.”
David Simonsen, Pengarah Amazon
Prime Video bagi Asia Tenggara & MENA, berkata, “Matlamat kami adalah
untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik, dan melalui integrasi Prime Video
ke dalam ekosistem Astro, kami memastikan pelanggan boleh mengakses rancangan
dan filem kegemaran mereka dengan lebih mudah di pelbagai peranti, meggariskan
obsesi kami dalam membawa keselesaan dan kualiti kepada penonton. Dengan
kerjasama ini, penonton kini boleh menikmati pilihan kandungan yang lebih luas dari
Prime Video Originals seperti Lord of The Ring: The Rings of Power, The
Boys, Mirzapur, drama popular seperti Marry My Husband, dan Reacher
serta produksi tempatan seperti Budak Flat.”
Pelanggan Astro kini boleh menikmati
pelbagai pilihan filem Hollywood, Korea, tempatan dan serantau, siri TV, serta Prime
Video Originals, semestinya ada sesuatu
untuk semua. Kandungan yang ditawarkan oleh Prime Video telah mendapat sambutan
popular di Malaysia menerusi Amazon Originals seperti G20, You’re Cordially
Invited, The Idea of You, Fallout, dan The Boys telah melakar kejayaan luar biasa. Produksi tempatan seperti Kayangan,
HOUSEKEEPING?, That Cover Girl, Budak Flat dan Tebus, juga
mendapat sambutan pelanggan tempatan, mengangkat penceritaan dan bakat Malaysia.
Tambahan itu,
kandungan popular dari Korea, termasuk The Divorce Insurance, Marry
My Husband, Newtopia, dan kandungan popular dari India dan Indonesia
seperti Mirzapur dan Induk Gajah turut menjadi kegemaran ramai.
Pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box
boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan dengan
menekan butang “Home” pada alat kawalan Astro mereka dan pilih aplikasi Prime
Video di bahagian “Apps”. Kemudian, pelanggan boleh mengikuti langkah di skrin
untuk mendaftar akaun Amazon Prime dan mengimbas kod QR untuk memaut Ultra atau
Ulti Box mereka ke akaun Amazon Prime mereka. Setelah selesai, pelanggan boleh
terus menonton kandungan ekslusif Prima Video dengan mudah.
Astro juga menawarkan fleksibiliti untuk
menyesuaikan pek langganan anda dengan penambahan lebih 13 aplikasi penstriman
popular, termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV,
Zee5, Simply South dan banyak lagi. Pelanggan boleh mengurus dan mengubah
langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk
mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih
penambahan lain pada bila-bila masa.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan
pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta
Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke
Astro One, layari www.astro.com.my atau
WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
*Tertakluk
kepada terma dan syarat. Durasi promosi tertakluk kepada Astro.
0 Ulasan